SeCangKir SiRih

Untuk Mereka yang Ingin Bersama

Assalamualaikum n Salam Sejahtera

 Biar masa berganti masa, biarpun musim berubah, telah ku katakan padamu sayang, hanya kuasa Tuhan yang dapat memisahkan...oppss terlebih suda..hehehe

 Apakah itu realiti kehidupan?? Adakah seperti rancangan realiti yang semakin hari semakin menghangatkan dunia hiburan pada zaman ini?? Semuanya bermula dengan sebiji kotak yang memberi berupaya mengeluarkan gambar dan suara. Televisyen merupakan aset yang penting sejak azali lagi. Dari buaian meningkat ke usia senja, rata2 di kalangan kita masih lagi terpacak di hadapannya seiring dengan peningkatan pesat teknologi moden pada masa kini. 

 HDMI? LED? PLASMA? LCD? Inilah perkataan2 yang terkeluar dari lidah2 masyarakat setiap kali mereka bergosip tentangnya. Pelbagai rancangan yang berbentuk pendidikan, maklumat mahupun keagamaan telah banyak disiarkan di kaca matanya pada hari ini. Namun demikian tuan2 dan puan2, sesungguhya terciptanya dirinya bertujuan adalah untuk HIBURAN semata2. Kanak2 diasuh dan dibesarkan bersama2 dengannya. Cukup masa terlafazlah  PLAYSTATION! XBOX! dan sebagainya hasil dari pengaruh yang kuat darinya. 

 Pejam celik terpejam tercelik, percayalah bahawa kita terleka dengannya. Sebahagian pula senang2 terpengaruh olehnya. Berwaspadalah saudara2 ku yang berbudi bahawa kita semakin lemah disebabkan olehnya. Bagaimanakah masa hadapan yang kita impikan? Berjuta2 remaja bercita2 menjadi penyanyi, pelakon, ataupun penghibur. Inikah generasi yang kita mahukan? 

 Bukanlah televisyen yang perlu disalahkan ataupun bukanlah ibu yang mengandung hendak kita tuduhkan, akan tetapi kesedaran intelektual yang perlu kita tingkatkan. Bersatu kita teguh bercerai kita rujuk semula.

 Bangkitlah bangsa yang merdeka, 
 Bukalah minda bentangkan terbuka,
 Kita punya waris tunjang negara,
 Membimbing agama nusa dan bangsa

 Semoga penulisan yang ku karangi ini memberi input dan output kepada kita semua yang celik ini. Salam perpaduan dan salam kemaafan. Selamat menyambut Maulidur Rasul yang bakal menjelma. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta keluarganya.

Wassalam

Assalamualaikum n Salam Sejahtera

 Pada siang hari di hari yang diselangi panas dan hujan, abangku telah membawa diriku yang lemah ini menuju ke rumah yang terbuka untuk menyambut Tahun Baru bagi kaum berbangsa cina.

Alangkah tidak sengajanya aku mengenakan pakaian berwarna HITAM manis datang menjamu selera di kediaman mereka. Aku merasakan diriku diperhatikan oleh lapisan masyarakat yang berbahagia mejadikan MERAH sebagai pilihan hati di hari kebesaran ini.

 Di sini aku ingin sekali memohon kemaafan kerana diriku yang kudus ini tidaklah berniat selain daripada niat yang ikhlas untuk meraikan kemeriahan bersama-sama. Semoga keharmonian yang ku rasakan ini berkekalan hendaknya selamanya.

 Malam yang dingin telah melahirkan tandatangan ku yang indah permai ini..Semoga Ukiran hati yang disemai dalam stiap penulisanku akan di ingati dan di kenangi oleh mimpi2 pembaca blog ini. Ingat ku dalam doamu..

Wassalam


Starting from today blog ini akan ku jadikan warkah penulisan ku bagi mengisi masa lapang yang membosankan. Hari ini merupakan hari ketiga aku bercuti. Ya lah, sempena menyambut tahun baru cina yang akan menjelang pada keesokan hari. Sesungguhnya masa yang terluang ini berlalu tanpa ku sedari. Emas yang berlalu ku kutip dengan menaip sebanyak mana perkataan yang terlintas di dalam sanubari ku yang tulus mulus suci dan murni ini..
Seperti biasa yang tiada kelebihan, beberapa perkara belum lagi aku selesaikan. Inilah kelemahan perangai ku yang selalu melakukan setiap perkara di saat genting yang mendebarkan jiwa raga ku ini. Mungkin inilah yang dikatakan pemalas tiada kemahuan yang hakiki. Blog adalah alasan yang mengaburi panca indera diriku hanya untuk seketika.

Semoga celotehku yang memukau ini mampu difahami insan yang terpedaya. Salam perkenalan dari Vespa chollop.. Adios amigos aku nk berambus...

PemBukaBiCara

Salam Persaudaraan..
Terciptalah satu keindahan di dunia ini untuk kita nikmati bersama-sama sebagai tanda kesyukuran kepada Yang Maha Esa..

About Me

My photo
Kuching, Sarawak, Malaysia
Percaya tunggak kejayaan dalam setiap halangan adalah impian (^^)