SeCangKir SiRih

Untuk Mereka yang Ingin Bersama

Assalamualaikum n Salam Sejahtera

 Biar masa berganti masa, biarpun musim berubah, telah ku katakan padamu sayang, hanya kuasa Tuhan yang dapat memisahkan...oppss terlebih suda..hehehe

 Apakah itu realiti kehidupan?? Adakah seperti rancangan realiti yang semakin hari semakin menghangatkan dunia hiburan pada zaman ini?? Semuanya bermula dengan sebiji kotak yang memberi berupaya mengeluarkan gambar dan suara. Televisyen merupakan aset yang penting sejak azali lagi. Dari buaian meningkat ke usia senja, rata2 di kalangan kita masih lagi terpacak di hadapannya seiring dengan peningkatan pesat teknologi moden pada masa kini. 

 HDMI? LED? PLASMA? LCD? Inilah perkataan2 yang terkeluar dari lidah2 masyarakat setiap kali mereka bergosip tentangnya. Pelbagai rancangan yang berbentuk pendidikan, maklumat mahupun keagamaan telah banyak disiarkan di kaca matanya pada hari ini. Namun demikian tuan2 dan puan2, sesungguhya terciptanya dirinya bertujuan adalah untuk HIBURAN semata2. Kanak2 diasuh dan dibesarkan bersama2 dengannya. Cukup masa terlafazlah  PLAYSTATION! XBOX! dan sebagainya hasil dari pengaruh yang kuat darinya. 

 Pejam celik terpejam tercelik, percayalah bahawa kita terleka dengannya. Sebahagian pula senang2 terpengaruh olehnya. Berwaspadalah saudara2 ku yang berbudi bahawa kita semakin lemah disebabkan olehnya. Bagaimanakah masa hadapan yang kita impikan? Berjuta2 remaja bercita2 menjadi penyanyi, pelakon, ataupun penghibur. Inikah generasi yang kita mahukan? 

 Bukanlah televisyen yang perlu disalahkan ataupun bukanlah ibu yang mengandung hendak kita tuduhkan, akan tetapi kesedaran intelektual yang perlu kita tingkatkan. Bersatu kita teguh bercerai kita rujuk semula.

 Bangkitlah bangsa yang merdeka, 
 Bukalah minda bentangkan terbuka,
 Kita punya waris tunjang negara,
 Membimbing agama nusa dan bangsa

 Semoga penulisan yang ku karangi ini memberi input dan output kepada kita semua yang celik ini. Salam perpaduan dan salam kemaafan. Selamat menyambut Maulidur Rasul yang bakal menjelma. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta keluarganya.

Wassalam

1 comments:

salam vendy......... aktik plak ko tulis blog... keep update status ko ek.. hahah.. gud luck bro........

Post a Comment

PemBukaBiCara

Salam Persaudaraan..
Terciptalah satu keindahan di dunia ini untuk kita nikmati bersama-sama sebagai tanda kesyukuran kepada Yang Maha Esa..

About Me

My photo
Kuching, Sarawak, Malaysia
Percaya tunggak kejayaan dalam setiap halangan adalah impian (^^)